Monday, March 10, 2008

SUKAN RIA REMAJA - 2008


Seremban – 23 Februari 2008 telah berlangsung aktiviti sukan ria anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan. Acara telah berlangsung di padang sekolah, SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Bermula pendaftaran seawal jam 7.45 pagi berakhir jam 1.00 tengahari. Seramai 103 orang peserta telah mengambil bahagian yang mewakili SMK Tunku Ampuan Najihah (20 orang), SMK Agama Pedas (17), SMA Dato’ Klana Petra Makmor (20 orang), SMA Sains Kuala Pilah (12 orang), peserta KRIM sekitar Seremban (7 orang) dan selebihnya adalah peserta KRIM lepasan SPM 2007.

Antara permainan yang dijalankan ialah bolajaring, bolatampar dan sukaneka. Suasana permainan berjalan dengan meriah dalam cuaca redup yang menyelesakan. Perserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari NUSAIBAH, SUMAIYYAH, RUMAYSO’ dan HUMAIRA’. Pelajar dari sekolah yang berbeza telah digabungkan dalam kumpulan tersebut bertujuan menjalin ukhwah dari kalangan mereka. Ia juga adalah merupakan objektif yang ingin dicapai dari aktiviti ini. Kemenangan dalam acara bolajaring adalah dari kumpulan RUMAYSO’, bola tampar dari kumpulan HUMAIRA’ dan sukaneka di menangi oleh kumpulan NUSAIBAH. Acara keseluruhan dimenangi oleh NUSAIBAH.
Ketika sesi penyampaian hadiah telah turut diadakan acara penyampaian Anugerah Cemerlang PMR 2007 iaitu bagi peserta KRIM yang telah mendapat 9A, 8A dan 7A dalam PMR mereka. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Naziah Haron.
Sebelum bersurai semua yang hadir telah menikmati makan tengahari yang disediakan oleh penganjur.

No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!