Monday, March 10, 2008

RENUNGLAH.. WALAU SEJENAK..

MASA / WAKTU :

Masa / waktu mengandungi ketentuannya yang berbeza . Kita wajiblah menggunakan masa dengan betul. Semua kewajipan dan urusan hendaklah kita laksanakan mengikut program atau jadual waktu seperti yang telah di tetapkan.
Kepantasan Peredaran Masa :
Masa berlalu dengan cepat, secepat awan di langit dan selaju tiupan angin. Di saat-saat keseronokan, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas sekali. Cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda, masa yang berlalu dirasakan terlalu lama. Tetapi hakikatnya semuanya sama.

Kehidupan di dunia masanya amat singkat. Biarpun ada orang yang usianya lanjut, tetapi kesudahannya meninggal juga.
Malah, setiap yang bernyawa akan menemui mati..!
Di waktu ajal datang menjelma , usia yang panjang dirasakan sekelip mata dan sepantas hilngnya cahaya kilat di langit. Hakikat ini terdapat dalam sebuah kisah perbualan di antara Nabi Nuh ’Alaihissalam dengan malaikat di saat Malaikat datang untuk merangkul nyawanya. Sekalipun nabi Nuh ’Alaihissalam hidup di dunia lebih dari seribu tahun , tetapi di waktu malaikat datang dan bertanya kepadanya :
“ Wahai nabi yang terlalu panjang umur! Bagaimana kamu dapat rasakan dengan umur kamu yang panjang itu ?

Jawab baginda : “ seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu depan dan belakang. Aku masuk ke dalamnya melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang..! “.
Hakikat dari cerita ini membayangkan tentang hidup dan mati itu adalah merupakan jarak masa yang begitu singkat. Seterusnya sehinggalah berlaku hari kiamat kelak.
Masa Berlalu Tidak Kembali :
Inilah di antara ketentuan yang ada pada masa . Yang mana setiap hari, setiap detik masa tetap akan berlalu. Detik-detik masa yang telah hilang tidak akan datang lagi atau mungkin dapat dicari ganti. Berhubung dengan masa , Hasan Al Basri telah membayangkan di dalam suatu ungkapan kata-katanya yang padat, iaitu ; maksudnya :
“ Tiada suatu hari pun bila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kepadamu : ‘’ wahai anak Adam! Aku masa yang baru. Hanya pekerjaanmu menjadi saksi. Maka ambillah aku untuk bekalanmu . Sesungguhnya selepas aku pergi aku tidak akan kembalilagi hinggalah sampai ke hari kiamat nanti. “
Renungi pula rintihan seorang penyair Arab ini :
Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran,
Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan,
Berhari bermalam bagai dalam
Impian.
Dunia ditinggalakan, akhirnya kubur juga yang berdekatan. “

Penghargaan Masa :
Waktu / masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga. Di sudut realitinya, masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu mahupun masyarakat. Ada orang mengatakan amsa itu berharga bagaikan mutu manikam. Tetapi hakikat sebenarnya , masa lebih berharga dan bernilai dari intan permata. Kenyataan ini telah di tegaskan oleh Al Syahid Hassan al Banna :
“Masa adalah kehidupan! Tiada erti hidup manusia, selain dari masa-masa yang dia beramal, semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir ! .”
Hassab Al Basri pula berkata :
“ wahai anak Adam engkau hidup hanya beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi , hilanglah dari separuh umurmu! “.
Orang yang tidak tahu menghargai masa sekarang, dia akan menyesal di akhirat nanti, iaitu setelah dia tahu begitu bernilai masa jika dia beramal diwaktu itu . Tapi apakan dayanya lagi, masa keemasan untukmya telah hilang !


· PETIKAN DARI BUKU :
- DETIK-DETIK MASA -
Oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!