Wednesday, July 23, 2008

RIJAL MASA DEPAN




Dunia tidak akan ceria tanpa senyum tangis dan gurau senda insan-insan kecil yang bernama kanak-kanak. Mereka makhluk yang suci tanpa dosa.. Namun tidak di nafikan kerenah dan ragam mereka yang berbagai-bagai dan sering berubah merupakan ujian kepada ibu bapa mereka yang perlu dihaapi dengan sabar dan bijak. Kerana mereka adalah insan yang sedang melalui proses-proses untuk menjadi dewasa. Sesungguhnya mereka istimewa.
Fizikal mereka aktif tak kenal erti duduk dia , begitu juga dengan aqal dan intelektual mereka yang pesat membangun. Emosi yang suda terbentuk, demikian juga kegiatan sosial telah mula berputik.. maka pihak-pihak yang berkait dengan mereka ini juga sewajarnya bergerak pantas dan laju seperti mereka.
Mereka inilah antara yang akan mengisi saf para rijal di masa hadapan. Hanya mereka yang faham saja tahu akan keperluan rijal dan mujahid untuk menyelamatkan ummah ini. Ayuh..!!
pimpinlah tangan mereka .. genggam kuat-kuat.. kerana di sana terlalu banyak serigala dan singa-singa liar yang ingin menyambar.. . kita terpaksa berkorban dan istiqomah bersama insan mulia ini,, semuga akan menghasilkan buah yang manis di satu hari nanti. .. Rijal rabbani yang seolah fursan bin -nahar dan ruhban billail..


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!