Monday, March 10, 2008

SEMINAR KEKELUARGAAN DAI'E

Bunyi gah je seminar ni?? Betul ke ??
Alhamdullillah.. Seminar setengah hari yang di adakan di Dewan D’Ark, Seremban pada 20 jan 08 baru baru ini telah mendapat Sambutan ikhwah dan akhawat,. sudi meluangkan masa.. Tajuk ceramah baiti jannati telah di garap dengan baik oleh Akh Rushdi Alias, menyentuh tentang peri pentingnya memastikan rumah tangga yang di ibaratkan syurga itu benar-benar diambil berat oleh ikh/akwt kerana ia mempunyai impak tersendiri terhadap amal dan tugas dakwah diluar sana. Menyentuh
keseriusan dalam mentarbiah anak-anak generasi pewaris di setiap peringkat usia dan menjaga syariah disetiap sudut kehidupan.
Manakala slot kedua iaitu slot talk show yang kendalikan oleh akhi Omar Kasim yang merupakan setiausaha agung ISMA NS, dan disemarakkan oleh dua panelis jemputan iaitu akh Dr.Tg Shahrom & ukht Dr.Nor’izam seorang doktor psikatri yang baru berpindah ke Seremban. Tak lokek mereka untuk berkongsi berbagai pengalaman dan cerita . Semuga sedikit sebanyak memberi idea kepada ikh/akhwt untuk menerajui bahtera rumahtangga duat yang berlainan dengan orang lain , cara dan suasana yang berbeza.
Harap-harap perbincangan tidak hanya berhenti di sini,. Teruskan timba ilmu rumah tangga dan kekeluargaan melalui apa jua cara, pembacaan, media, kongsi pengalaman dan sebagainya kerana ilmu rumah tangga itu luas dan mempunyai senario yang berbagai -bagai dengan ujian-ujian yang berlainan yang memerlukan tumpuan dan cara penyelesaian juga berbeza-beza.. Ada yang subjektif dan ada yang bersifat objektif… begitu unik Islam itu.
Sebut pasal daie ni agak menggerunkan juga. Berbagai kriteria yang mesti dipenuhi, bukan setakat tittle atau jolokan biasa. Tetapi Dai adalah pemikul amanah dan tanggung jawab risalah yang mulia, yang mempunyai kehebatan dan izzah yang tinggi. Menjadi role model kepada orang kelliling. Dan yang paling menakutkan ialah segala pergerakkannya diperhatikan, silap sikit pun akan menjadi isu perbualan . . Imej, tutur kata, tindak tanduk, malah memek muka pun jadi perhatian bagi yang memerhati… ini kan pula rumah tangga , anak-anak dan keluarga yang menjadi markaz harian para daie yang merupakan kubu pertama medan perjuangan.

No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!