Monday, March 10, 2008

REHLAH JERAM TENGKEK



ACARA sulung tahun ini bagi akhawat n9 di dahului dengan Qiamullah beramai-ramai di Teratak Akhma K.Pilah pada 12 –13 jan 2008. Di hadhiri oleh 40 orang akhawat, anak-anak zahrawat dan srikandi Pembina dari Seremban, Pd, Kp dan Nilai. Dimulai dengan solat maghrib, makan malam dan solat isyak. Dimantapkan dengan penyampaian dan bicara tentang HIJRAH di akhiri dengan tilawah al Quran sebagai satu momentum untuk aktiviti sepanjang tahun 2008 .
Mabit /bermalam diikuti dengan solat qiam berjemaah dan solat subuh serta bacaan ma’thurat…semuga acara-acara ruhi ini akan memantapkan dan menguatkan hati-hati kita semua , sebagai bekalan untuk perjuangan yang masih panjang.

Kembara kami di sambung pula dengan rehlah ke Jeram Tengkek yang lebih kurang 40 minit perjalanan dari tempat qiam.. Di Batu kikir, masuk simpang kiri pergi ke kampung Tengkek . Konvoi sepuluh buah kereta . Masing-masing rasa teruja melalui perjalanan kampung dan merentasi alam semulajadi yang indah.. Semakin melonjak perasaan apabila sampai ke destinasi yang tehampar sungai yang cantik , melapangkan pandangan dan fikiran .

Subhanallah, Maha suci Allah..
Akhawat bersarapan menjamu selera dengan kuih karipap, donat dan kuih bendera di tambah dengan nasi goreng dan mee hon di persisiran sungai sambil mendengar tazkirah. Mee hon dan nasi goreng yang kami masak sendiri subuh tadi.
Tak sah kalau tak ada sukaneka dan
permainan di out door begini. Inilah peluang akhawat untuk berriadhah sambil berukhuwah. Bermain dalam sungai dan /juga di daratan.. Pastinya seronok! Anak-anak turut seronok dapat mandi manda,-bersukan dan dapat hadiah.
Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah akhawat berpeluang untuk menikmati segar dingin air terjun di bahagian atas hutan., mandi dan bermesra dengan air … Amat terasa kebesaran illahi ketika di sini.. Tempat yang tidak ramai orang
membuatkan akhawat lebih bebas dan selesa. Tak puas.. rasa tak nak balik.. Air terjun yang mengandungi cas-cas electron yang memang menyegarkan malahan memberi tenaga.. Satu terapi yang baik.
…..Syabas dan tahniah kepada barisan urus setia dari kalangan akhawat dan tenaga sokongan ikhwah yang bertungkus lumus untuk menyediakan tempat , makanan dan kemudahan untuk akhawat.. Syabas juga kepada ibu-ibu yang cekal , tetap memberikan komitmen walau pun terpaksa membawa sama anak-anak berehlah… maklum sajalah kerenah mereka... .mau tak letih dibuatnya…!??
Kaum bapa bagi lah sikit penghargaan kepada isteri-isteri yang independent tu....Sekurang-kurangnya sebagai perangsang …Bagi yang tak berpeluang untuk bersama tu harap janganlah kempunan pulak ,insyaAllah jika ada rezki akan sampai juga.
Akhir sekali acara di tutup dengan ucapan dari ketua wanita ISMA NS, penyampaian hadiah dan salam perpisahan. Demikianlah… terasa indahnya Islam dan ukhuwah ketika program begini, akhawat keseluruhannya kelihatan gembira dan ceria belaka… pastinya tersirat seribu satu hikmat di sebalik wasilah tarbiyyah ini yang merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan dai dan dakwah yang di dukung.
Teruskan kembara di bumi dakwah ini membawa cahaya untuk semua..
Selamat berjuang.!!

- Di sediakan oleh : HRD
WANITA ISMA N.SEMBILAN.









No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!