Monday, March 10, 2008

JAULAH RABBANI 1, KRIM PUTERI



Tanggal 16 -19 November 2007 yang lalu telah meninggalkan satu kenangan manis KRIM Banat NS. Program Jaulah Rabbani 1, 2007 telah berjaya mengumpulkan seramai 32 orang ahli KRIM NS dari pelbagai sekolah dan daerah.
Jaulah Rabbani 1 telah bermula seawal jam 6 petang jumaat 16 November 2007. Peserta yang kebanyakkannya pelajar asrama terpaksa melupakan hasrat untuk bersama keluarga apabila mengambil keputusan untuk mengikuti program ini. Pejabat ISMA NS, di Taman Tasek Jaya Seremban telah menjadi hotel tempat penginapan peserta sepanjang progam ini berlangsung. Malam pertama hotel bertaraf lima bintang ini telah menghidangkan juadah istimewa bertajuk “ Bidak-bidak Di Papan Catur”, yang telah disampaikan oleh us. Hazmi Kadir.
17 nov 07 : Setelah tidur dan qiam bersama pada malam itu , seawal 7.45 pagi para pelajar telah menaiki bas menuju ke kota metropolitan untuk memulakan jaulah Rabbani. Destinasi utama pagi itu ialah Pusat Sains Negara di Bukit Kiara. Kebanyakkan peserta dan pengiring yang kebanyakkannya pertama kali menjejakkan kaki ke sini berpuas hati dengan lawatan tempat menarik dan mempunyai pelbagai pameran sains. Mereka berpeluang mencuba peralatan sains yang dibenarkan. Selain pendedahan tentang perkembangan kemajuan sains mereka diminta berfikr dan membuat perbandingan dengan kecanggihan ciptaan manusia dan ciptaan Allah yang maha Agung untuk menfaat kehidupan.
Destinasi seterusnya ialah masjid UNITEN di Bangi. Sebelum itu peserta behenti makan tengah hari dulu di Tasek Titiwangsa sambil melihat eye on Malaysia berpusing. Jam 2.00 petang kami tiba diperkarangan masjid, kehadiran yang dinanti-nanti oleh tuan rumah, KRIM DHL. Pertemuan antara dua mata merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan oeh penggerak dan ahli KRIM sendiri. Kedua-dua pihak bertukar tukar pendapat dan idea di samping KRIM NS sendiri sempat membentangkan aktiviti-aktiviti 2007 untuk dikongsi bersama. Selain hidangan yang enak-enak tetamu undangan di hidangkan denagn pelbagai pengisian. Antaranya termasuklah “Palestin hari ini”, “Cinta Remaja “, dan “ La ila ha illallah ; Manhaj Kehidupan ”. Tidak lupa juga pertukaran cenderahati tanda kenagan dua negeri. Terima kasih daun keladi buat KRIM DHL.
Kira-kira jam 10.45 malam kami tiba semula ke Pejabat ISMA NS. Kerana penat dan keletihan toto tanpa bantal umpama tilam empuk buat peserta pada malam itu.
Seawal jam 7.30 pagi tanggal 18 November 2007 dengan beberapa buah van peserta dibawa menuju City Park, Seremban 2, untuk aktiviti riadah pula. Acara dan suasana ceria mampu merapatkan ukhuwah antara peserta yang kepenatan.
Tidak selesai di situ sahaja.. Di sebelah petangnya pula peserta di dedahkan pula dengan acara yang lebih mencabar di Terminal One Seremban. Sebelum bertolak peserta telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan di berikan amanat, mereka telah dibekalkan dengan 100 helai flyers untuk di ‘hadiahkan’ kepada pasangan muda mudi yang berdua-duan dan berpeleseran di sana. Inilah pengalaman mencabar dan meninggalkan pelbagai kesan dan kenagnan kepada peserta. Fenomena yang didedahkan moga-moga akan meninggalkan kesederan kepada peserta sendiri dan merangsang mereka untuk membimbing rakan sebaya. Pada sebelah malamnya bengkel dan malam seni telah di adakan sebagai pelengkap kepada program Jaulan Rabbani 1 ini.
Pada 19 November 07, sebelum berangkat pulang peserta telah dibekalkan dengan pengisisan “ wajib Syabab Al Youm” oleh us.Azizi Hassan . Setelah acara penutup dan penyampaian cenderamata para peserta sempat menjamah hidangan makanan tengah hari. Sebelum berangkat pulang para peserta bergambar dengan tersenyum lebar tanda berpuas hati dengan program ini. Semuga ia mendatangkan kesedaran yang mendalam kepada peserta dan menjadi titik tolak untuk mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Di sediakan oleh
Kaslawati Kassim

No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!