Monday, March 10, 2008

WANITA & KELUARGA TERCINTA



Selamat menyambut cahaya mata kepada pasangan yang telah menyambut kelahiran tahun ini. . Tak kisahlah anak ke berapa pun . Barakallahu fi kumm..Bertambah bilangan generasi pewaris untuk dakwah ini hendaknya.. Dan ada masih beberapa orang akhawat lagi yang sedang menunggu kelahiran… semuga di permudahkan Allah dan selamat sejahtera.. Amin.

Kehidupan yang terus berlalu dan berkembang harus di tangani dengan bijak dengan Kefahaman slam yang betul. Rumah tangga dan keluarga merupakan medan kita yang pertama. Keberantakan dan Kegagalan di medan ini akan turutmempengaruhi kelancaran perjalanan dakwah di luar sana. Rajin - rajinla berbincang dan berkongsi tip tentang Pengurusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak di antara sekelian ikh /akwt .

Sentiasa peka kepada perkembangan anak-anak, permasaalahan dan gejala negative yang mungkin melanda mereka .
Semak kembali sejarah silam kejayaan tokoh-tokoh ulama dan dai ie yang berjaya . Sediakan biah solehah untuk anak-anak, bentuk jati diri mereka, kerana mereka merupakan asset untuk masa depan ummah..
Inilah tanggung jawab kita yang tiada galang gantinya .

RENUNGLAH.. WALAU SEJENAK..

MASA / WAKTU :

Masa / waktu mengandungi ketentuannya yang berbeza . Kita wajiblah menggunakan masa dengan betul. Semua kewajipan dan urusan hendaklah kita laksanakan mengikut program atau jadual waktu seperti yang telah di tetapkan.
Kepantasan Peredaran Masa :
Masa berlalu dengan cepat, secepat awan di langit dan selaju tiupan angin. Di saat-saat keseronokan, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas sekali. Cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda, masa yang berlalu dirasakan terlalu lama. Tetapi hakikatnya semuanya sama.

Kehidupan di dunia masanya amat singkat. Biarpun ada orang yang usianya lanjut, tetapi kesudahannya meninggal juga.
Malah, setiap yang bernyawa akan menemui mati..!
Di waktu ajal datang menjelma , usia yang panjang dirasakan sekelip mata dan sepantas hilngnya cahaya kilat di langit. Hakikat ini terdapat dalam sebuah kisah perbualan di antara Nabi Nuh ’Alaihissalam dengan malaikat di saat Malaikat datang untuk merangkul nyawanya. Sekalipun nabi Nuh ’Alaihissalam hidup di dunia lebih dari seribu tahun , tetapi di waktu malaikat datang dan bertanya kepadanya :
“ Wahai nabi yang terlalu panjang umur! Bagaimana kamu dapat rasakan dengan umur kamu yang panjang itu ?

Jawab baginda : “ seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu depan dan belakang. Aku masuk ke dalamnya melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang..! “.
Hakikat dari cerita ini membayangkan tentang hidup dan mati itu adalah merupakan jarak masa yang begitu singkat. Seterusnya sehinggalah berlaku hari kiamat kelak.
Masa Berlalu Tidak Kembali :
Inilah di antara ketentuan yang ada pada masa . Yang mana setiap hari, setiap detik masa tetap akan berlalu. Detik-detik masa yang telah hilang tidak akan datang lagi atau mungkin dapat dicari ganti. Berhubung dengan masa , Hasan Al Basri telah membayangkan di dalam suatu ungkapan kata-katanya yang padat, iaitu ; maksudnya :
“ Tiada suatu hari pun bila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kepadamu : ‘’ wahai anak Adam! Aku masa yang baru. Hanya pekerjaanmu menjadi saksi. Maka ambillah aku untuk bekalanmu . Sesungguhnya selepas aku pergi aku tidak akan kembalilagi hinggalah sampai ke hari kiamat nanti. “
Renungi pula rintihan seorang penyair Arab ini :
Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran,
Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan,
Berhari bermalam bagai dalam
Impian.
Dunia ditinggalakan, akhirnya kubur juga yang berdekatan. “

Penghargaan Masa :
Waktu / masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga. Di sudut realitinya, masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu mahupun masyarakat. Ada orang mengatakan amsa itu berharga bagaikan mutu manikam. Tetapi hakikat sebenarnya , masa lebih berharga dan bernilai dari intan permata. Kenyataan ini telah di tegaskan oleh Al Syahid Hassan al Banna :
“Masa adalah kehidupan! Tiada erti hidup manusia, selain dari masa-masa yang dia beramal, semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir ! .”
Hassab Al Basri pula berkata :
“ wahai anak Adam engkau hidup hanya beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi , hilanglah dari separuh umurmu! “.
Orang yang tidak tahu menghargai masa sekarang, dia akan menyesal di akhirat nanti, iaitu setelah dia tahu begitu bernilai masa jika dia beramal diwaktu itu . Tapi apakan dayanya lagi, masa keemasan untukmya telah hilang !


· PETIKAN DARI BUKU :
- DETIK-DETIK MASA -
Oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

JAULAH RABBANI 1, KRIM PUTERI



Tanggal 16 -19 November 2007 yang lalu telah meninggalkan satu kenangan manis KRIM Banat NS. Program Jaulah Rabbani 1, 2007 telah berjaya mengumpulkan seramai 32 orang ahli KRIM NS dari pelbagai sekolah dan daerah.
Jaulah Rabbani 1 telah bermula seawal jam 6 petang jumaat 16 November 2007. Peserta yang kebanyakkannya pelajar asrama terpaksa melupakan hasrat untuk bersama keluarga apabila mengambil keputusan untuk mengikuti program ini. Pejabat ISMA NS, di Taman Tasek Jaya Seremban telah menjadi hotel tempat penginapan peserta sepanjang progam ini berlangsung. Malam pertama hotel bertaraf lima bintang ini telah menghidangkan juadah istimewa bertajuk “ Bidak-bidak Di Papan Catur”, yang telah disampaikan oleh us. Hazmi Kadir.
17 nov 07 : Setelah tidur dan qiam bersama pada malam itu , seawal 7.45 pagi para pelajar telah menaiki bas menuju ke kota metropolitan untuk memulakan jaulah Rabbani. Destinasi utama pagi itu ialah Pusat Sains Negara di Bukit Kiara. Kebanyakkan peserta dan pengiring yang kebanyakkannya pertama kali menjejakkan kaki ke sini berpuas hati dengan lawatan tempat menarik dan mempunyai pelbagai pameran sains. Mereka berpeluang mencuba peralatan sains yang dibenarkan. Selain pendedahan tentang perkembangan kemajuan sains mereka diminta berfikr dan membuat perbandingan dengan kecanggihan ciptaan manusia dan ciptaan Allah yang maha Agung untuk menfaat kehidupan.
Destinasi seterusnya ialah masjid UNITEN di Bangi. Sebelum itu peserta behenti makan tengah hari dulu di Tasek Titiwangsa sambil melihat eye on Malaysia berpusing. Jam 2.00 petang kami tiba diperkarangan masjid, kehadiran yang dinanti-nanti oleh tuan rumah, KRIM DHL. Pertemuan antara dua mata merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan oeh penggerak dan ahli KRIM sendiri. Kedua-dua pihak bertukar tukar pendapat dan idea di samping KRIM NS sendiri sempat membentangkan aktiviti-aktiviti 2007 untuk dikongsi bersama. Selain hidangan yang enak-enak tetamu undangan di hidangkan denagn pelbagai pengisian. Antaranya termasuklah “Palestin hari ini”, “Cinta Remaja “, dan “ La ila ha illallah ; Manhaj Kehidupan ”. Tidak lupa juga pertukaran cenderahati tanda kenagan dua negeri. Terima kasih daun keladi buat KRIM DHL.
Kira-kira jam 10.45 malam kami tiba semula ke Pejabat ISMA NS. Kerana penat dan keletihan toto tanpa bantal umpama tilam empuk buat peserta pada malam itu.
Seawal jam 7.30 pagi tanggal 18 November 2007 dengan beberapa buah van peserta dibawa menuju City Park, Seremban 2, untuk aktiviti riadah pula. Acara dan suasana ceria mampu merapatkan ukhuwah antara peserta yang kepenatan.
Tidak selesai di situ sahaja.. Di sebelah petangnya pula peserta di dedahkan pula dengan acara yang lebih mencabar di Terminal One Seremban. Sebelum bertolak peserta telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan di berikan amanat, mereka telah dibekalkan dengan 100 helai flyers untuk di ‘hadiahkan’ kepada pasangan muda mudi yang berdua-duan dan berpeleseran di sana. Inilah pengalaman mencabar dan meninggalkan pelbagai kesan dan kenagnan kepada peserta. Fenomena yang didedahkan moga-moga akan meninggalkan kesederan kepada peserta sendiri dan merangsang mereka untuk membimbing rakan sebaya. Pada sebelah malamnya bengkel dan malam seni telah di adakan sebagai pelengkap kepada program Jaulan Rabbani 1 ini.
Pada 19 November 07, sebelum berangkat pulang peserta telah dibekalkan dengan pengisisan “ wajib Syabab Al Youm” oleh us.Azizi Hassan . Setelah acara penutup dan penyampaian cenderamata para peserta sempat menjamah hidangan makanan tengah hari. Sebelum berangkat pulang para peserta bergambar dengan tersenyum lebar tanda berpuas hati dengan program ini. Semuga ia mendatangkan kesedaran yang mendalam kepada peserta dan menjadi titik tolak untuk mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Di sediakan oleh
Kaslawati Kassim

SEMINAR KEKELUARGAAN DAI'E

Bunyi gah je seminar ni?? Betul ke ??
Alhamdullillah.. Seminar setengah hari yang di adakan di Dewan D’Ark, Seremban pada 20 jan 08 baru baru ini telah mendapat Sambutan ikhwah dan akhawat,. sudi meluangkan masa.. Tajuk ceramah baiti jannati telah di garap dengan baik oleh Akh Rushdi Alias, menyentuh tentang peri pentingnya memastikan rumah tangga yang di ibaratkan syurga itu benar-benar diambil berat oleh ikh/akwt kerana ia mempunyai impak tersendiri terhadap amal dan tugas dakwah diluar sana. Menyentuh
keseriusan dalam mentarbiah anak-anak generasi pewaris di setiap peringkat usia dan menjaga syariah disetiap sudut kehidupan.
Manakala slot kedua iaitu slot talk show yang kendalikan oleh akhi Omar Kasim yang merupakan setiausaha agung ISMA NS, dan disemarakkan oleh dua panelis jemputan iaitu akh Dr.Tg Shahrom & ukht Dr.Nor’izam seorang doktor psikatri yang baru berpindah ke Seremban. Tak lokek mereka untuk berkongsi berbagai pengalaman dan cerita . Semuga sedikit sebanyak memberi idea kepada ikh/akhwt untuk menerajui bahtera rumahtangga duat yang berlainan dengan orang lain , cara dan suasana yang berbeza.
Harap-harap perbincangan tidak hanya berhenti di sini,. Teruskan timba ilmu rumah tangga dan kekeluargaan melalui apa jua cara, pembacaan, media, kongsi pengalaman dan sebagainya kerana ilmu rumah tangga itu luas dan mempunyai senario yang berbagai -bagai dengan ujian-ujian yang berlainan yang memerlukan tumpuan dan cara penyelesaian juga berbeza-beza.. Ada yang subjektif dan ada yang bersifat objektif… begitu unik Islam itu.
Sebut pasal daie ni agak menggerunkan juga. Berbagai kriteria yang mesti dipenuhi, bukan setakat tittle atau jolokan biasa. Tetapi Dai adalah pemikul amanah dan tanggung jawab risalah yang mulia, yang mempunyai kehebatan dan izzah yang tinggi. Menjadi role model kepada orang kelliling. Dan yang paling menakutkan ialah segala pergerakkannya diperhatikan, silap sikit pun akan menjadi isu perbualan . . Imej, tutur kata, tindak tanduk, malah memek muka pun jadi perhatian bagi yang memerhati… ini kan pula rumah tangga , anak-anak dan keluarga yang menjadi markaz harian para daie yang merupakan kubu pertama medan perjuangan.

'ARUSATUNA


SELAMAT PENGANTIN BARU KPD UKHTI USWAH HASANAH...
SEMUGA ELEMEN SYAHSIAH MUSLIM DAN BAIT MUSLIM TERBINA DENGAN MANTAP UNTUK BANGUNAN YANG KUKUH... BARAKALLHU LAKUMA..!!

sukan ria - 2007

Sepanjang tahun 2007 akhawat ke hulu ke hilir dengan bermacam-macam urusan dan aktiviti, formal atau tak formal, sedikit sebanyak perlu sesekali berhenti tarik nafas atau cas semula bateri yang kian lemah. Lantaran itu SUKAN RIA khas untuk seluruh akhawat ISMA telah berlangsung dengan meriahnya. Pada 11 dec 2007, hari ahad bermula seawal jam 8 pagi hinggalah 1.30 tengah hari di padang dan dewan besar Sek.Datuk.Abd.Razak [SDAR]. Pakej lengkap dengan sarapan pagi dan makan tengahari.,! Akhawat dapat merasakan keseronokan beriadah dan bersukan disamping bawa bersama kenalan dan madu’.
Sukan Ria ini turut di sertai oleh puteri KRIM NS. Suasana amat harmoni dimana pasukan-pasukan adalah dibentuk dengan menggabungkan berbagai peringkat usia dari remaja hinggalah kedewasa. Kelihatannya akhawat walau pun agak telah berusia tetapi tetap meggerunkan anak-anak remaja malahan mereka lebih dominan dalam banyak acara dan aksi. Terima kasih kepada team ikhwah yang bertindak sebagai PA system controller merangkap petugas am.
Acara yang berlangsung ialah perlawanan bola jaring , badminton, ping pong,, catur dan batu seremban… kebanyakkan acara adalah melalui proses kalah mati.
Cuaca hujan renyai-renyai , gelanggang yang agak licin sebenarnya membuatkan akhawat lebih bersemangat dan rasa teruja.. Bukan selalu dapat main hujan…
Di akhir sesi akhawat masing-masing menerima hadiah kemenangan hasil titik peluh dan team
ukhuwah mereka dalam menyahut cabaran pasukan lawan. Setiap akhawat yang hadhir diraikan dengan door gift sebagai kenangan.
Acara sukan sebegini diharapkan akan menjadi tarikan madu’ atau kenalan ISMA untuk turut merasakan sama aktiviti ISMA.. Disamping untuk stamina dan kesihatan akhawat juga. Mudah-mudahan akan menjadi salah satu faktor mereka untuk terus bersama dan ikut serta dalam program tarbiyah.
Satu yang menarik juga ialah Sukan Ria ini bukanlah di anjurkan oleh biro sukan atau riadhah, tetapi adalah inovasi dari biro keluarga yang dikenali sebagai lujnah ‘buyut’. Ajknya pun boleh tahan hebatnya…

Syabas.. Jumpa lagi dihujung 2008 insyaAllah

DAURAH REMAJA LEPASAN SPM

KRIM (puteri) N. Sembilan mengadakan program Daurah/Seminar Bulanan untuk pelajar lepasan SPM bermula bulan Januari hingga Mei 2008 bertujuan untuk mengisi masa ahli Krim perempuan sementara menanti keputusan SPM. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan remaja Islam hari ini memiliki kefahaman yang jelas tentang matlamat hidup mereka seterusnya dapat membentuk jatidiri sebagai remaja muslim. Program akan dijalankan pada setiap bulan minggu ke empat hari Sabtu dan Ahad ( tertakluk kepada perubahan).

Alhamdulillah program daurah telah dapat dijalankan dengan baik bagi bulan Januari dan Februari yang lalu dengan kehadiran ahli KRIM Lepasan SPM sekitar 20 pelajar.
Bagi bulan Januari program telah diadakan pada 26 – 27/1/ 2008 bertempat di Dewan D Ark, Taman Sri Kasih. Pengisian sepanjang program adalah memberikan fokus kepada ”Ini Sejarah Kita” yang disampaikan oleh Ustaz Hazizi b. Ab. Rahman. Para peserta di dedahkan tentang sejarah umat bermula sejak penciptaan Nabi Adam sehingga kepada keadaan umat hari ini. Para peserta melahirkan rasa bersyukur kerana sepanjang mengikuti program mereka dapat menambah pengetahuan tentang sejarah serta pengorbanan para nabi yang bersumberkan al-Quran dan menyedari keadaan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada meninggalkan tarbiah,jihad dan jauh daripada kefahaman Islam yang sebenar.

Manakala bagi bulan Februari pula, program telah diadakan pada 22 – 23/2/2008 bertempat di Pejabat ISMA, Senawang. Para peserta telah didedahkan tentang Hakikat Ibadat Dalam Islam yang disampaikan oleh Ustz W. Zaimah Wan Ibrahim. Pada masa yang sama para pelajar lepasan SPM juga menyertai program Sukanria yang telah diadakan pada 23/2/2008 di Sek. Men. Keb. Tengku Ampuan Najihah, Seremban.

Program daurah bagi bulan Mac akan diadakan pada 21 – 22 / 3 / 2008 bertempat di Pejabat ISMA ( tertakluk kepada perubahan). Tema untuk program Daurah kali ini adalah ” Di Bawah Lindungan al-Quran”. Pendaftaran program akan bermula pada jam 5.00 petang hari Jumaat dan insyaAllah akan berakhir pada jam 2.00 petang pada 22/3/08. Yuran sebanyak RM15.00 dikenakan kepada setiap peserta. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pn Kaslawati bt kassim (h/p 019-6230101)

KULIYYAH


KULIAH MARA'AH : FIQH SOLAT

AJK ISMA Bahagian IPT juga tidak melepaskan peluang untuk bersama pelajar di UNITI untuk manfaatkan cuti umum dalam membicarakan pasal hukum-hakam Solat yang menjadi tiang agama.
Program bersama EPIK di Ixora banyak mengajar ISMA Bahagian IPT agar sentiasa mencari peluang bersama pelajar membimbing pelajar agar memahami Islam di semua sudut. Program tersebut dihadiri lebih kurang 50 orang siswi dari pelbagai bidang pengkhususan.
Program selama sehari ini dimulakan dengan penceritaan daripada Ustazah Hayati Mohd Zari berkenaan dalil daripada Al-Quran dan Sunnah tentang keistimewaan solat. Peserta juga dihidangkan dengan banyaknya hikmah-hikmah solat yang boleh diperolehi sekiranya ia dilaksanakan dengan betul. Penceramah turut menyelitkan sedikit maklumat daripada hasil kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika yang menyimpulkan bahawa mereka yang tidur lima jam setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada lapan jam. Berdasarkan kajian ini, penceramah menekankan: “Sekiranya kita masuk tidur jam 11.00 malam dan bangun pada jam 5.30 pagi untuk bertahajud dan solat subuh, tidurnya yang enam setengah jam itu sudah termasuk dalam kategori yang menyihatkan”.
Keasyikan peserta dalam memahami ilmu Solat disambung semula di sebelah petang dengan kupasan buku yang semakin laris di pasaran; “Bio-Mekanik Solat” oleh pengarangnya sendiri; Dr Yusof Abbas. Walaupun hanya empat teknik sahaja yang sempat dikupas, ianya amat bermakna kerana peserta berkesempatan membuat latihan bersama-sama penceramah. Empat teknik tersebut adalah Penetapan Minda dan Emosi, Perlaziman Minda, Teknik Pembacaan dan Teknik Pendengaran. Keghairahan peserta untuk mengaplikasikannya di dalam solat masing-masing terlihat dengan larisnya penjualan buku berkenaan. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di lain masa dengan perbincangan yang akan menambahkan lagi pelajar dengan pemahaman penghayatan Islam.

WADAA'AN...



Setelah 5 tahun beroperasi, iaitu sejak awal januari tahun 2003 di rumah teres dua Tingkat ,Taman Melati Indah ,Senawang dan berpindah ke rumah semi-D di Taman guru tahun 2004 hingga akhir 2007 , Taska Nur Mawaddah yang merupakan satu projek akhawat ISMA NS akhirnya terpaksa di berhentikan operasinya.. Bukan terpaksa gulung tikar / bungkus kerana rugi atau bengkrap … tapi kerana permasaalahan teknikal yang rumit untuk di tangani. Semuga di sana ada hikmah tersembunyi yang menanti, kerana Allah maha mengasihi…. Berat hati untuk melangkah meninggalkan Mawaddah .. Maklumlah ia sudah menjadi sebahagian dari rutin kehidupan.. Bersama hiruk pikuk, telatah dan karenah anak-anak yang comel dan aktif., Bermain, belajar, melompat, menyanyi, bergurau, bergaduh adalah kenangan - kenangan yang akan tersimpan dalam memori anak-anak maupun tenaga pengasuh.
Ini adalah salah satu lembaran pengalaman yang Allah kurniakan buat kami , mengajar erti kesabaran dan kasih sayang, pengurusan dan disiplin. Sebak rasanya untuk di kenang.. Jutaan terima kasih jua di rakamkan di sini kepada semua warga pengasuh Mawaddah dari awal hingga ke akhir, kepada ibu bapa dan anak-anak tersayang yang masing-masing mempunyai saham tersendiri dalam Mawaddah. - Jazakumullahhu khairan..!!Semuga ia akan dikira satu ibadah dan amal soleh. Jika ada rezki akan terbina pula beberapa Nur Mawaddah yang lain insyaAllah… !! - [ Yuu Enn ].

AHLAN WA MARHABAN..

Bertambah meriah dan gemuruhlah hendaknya suasana di Negeri Sembilan tahun ni. Apa tidaknya .. Kami nak tumpang semangat beberapa keluarga ahli yang baru sahaja berpindah ke sini. Bandar Spring Hill di Lukut nampaknya akan jadi lubuk baru buat ikh / akwt.
Ada empat keluarga disana. Siapa mereka? Dah kenal ke belum? Kalau belum tu pergilah ziarah-ziarah,. Bawa lah anak-anak dan keluarga sekali . Semuga bertambah mantap saf kita.. kalau dah , Alhamdulillah. ..
Di Sepang pun ada juga … USIM penjadi pilihan untuk berkerjaya… peluang baru untuk dakwah.
Kami mengalu-alukan perperpindahan anda ke sini. Tak lupa juga yang baru pindah dari PD ke Seremban dan yang baru
nak bina kehidupan di Malaysia setelah sekian lama di bumi Mesir. Dan seorang ukhtI yang baru bertugas di UNITI dan menetap di PD.. Siswazah Al Azhar.. - Rakan baru akhawat bujang .. :-
Rahmat Allah ada di mana-mana .. Usaha & tawakallah

REHLAH JERAM TENGKEK



ACARA sulung tahun ini bagi akhawat n9 di dahului dengan Qiamullah beramai-ramai di Teratak Akhma K.Pilah pada 12 –13 jan 2008. Di hadhiri oleh 40 orang akhawat, anak-anak zahrawat dan srikandi Pembina dari Seremban, Pd, Kp dan Nilai. Dimulai dengan solat maghrib, makan malam dan solat isyak. Dimantapkan dengan penyampaian dan bicara tentang HIJRAH di akhiri dengan tilawah al Quran sebagai satu momentum untuk aktiviti sepanjang tahun 2008 .
Mabit /bermalam diikuti dengan solat qiam berjemaah dan solat subuh serta bacaan ma’thurat…semuga acara-acara ruhi ini akan memantapkan dan menguatkan hati-hati kita semua , sebagai bekalan untuk perjuangan yang masih panjang.

Kembara kami di sambung pula dengan rehlah ke Jeram Tengkek yang lebih kurang 40 minit perjalanan dari tempat qiam.. Di Batu kikir, masuk simpang kiri pergi ke kampung Tengkek . Konvoi sepuluh buah kereta . Masing-masing rasa teruja melalui perjalanan kampung dan merentasi alam semulajadi yang indah.. Semakin melonjak perasaan apabila sampai ke destinasi yang tehampar sungai yang cantik , melapangkan pandangan dan fikiran .

Subhanallah, Maha suci Allah..
Akhawat bersarapan menjamu selera dengan kuih karipap, donat dan kuih bendera di tambah dengan nasi goreng dan mee hon di persisiran sungai sambil mendengar tazkirah. Mee hon dan nasi goreng yang kami masak sendiri subuh tadi.
Tak sah kalau tak ada sukaneka dan
permainan di out door begini. Inilah peluang akhawat untuk berriadhah sambil berukhuwah. Bermain dalam sungai dan /juga di daratan.. Pastinya seronok! Anak-anak turut seronok dapat mandi manda,-bersukan dan dapat hadiah.
Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah akhawat berpeluang untuk menikmati segar dingin air terjun di bahagian atas hutan., mandi dan bermesra dengan air … Amat terasa kebesaran illahi ketika di sini.. Tempat yang tidak ramai orang
membuatkan akhawat lebih bebas dan selesa. Tak puas.. rasa tak nak balik.. Air terjun yang mengandungi cas-cas electron yang memang menyegarkan malahan memberi tenaga.. Satu terapi yang baik.
…..Syabas dan tahniah kepada barisan urus setia dari kalangan akhawat dan tenaga sokongan ikhwah yang bertungkus lumus untuk menyediakan tempat , makanan dan kemudahan untuk akhawat.. Syabas juga kepada ibu-ibu yang cekal , tetap memberikan komitmen walau pun terpaksa membawa sama anak-anak berehlah… maklum sajalah kerenah mereka... .mau tak letih dibuatnya…!??
Kaum bapa bagi lah sikit penghargaan kepada isteri-isteri yang independent tu....Sekurang-kurangnya sebagai perangsang …Bagi yang tak berpeluang untuk bersama tu harap janganlah kempunan pulak ,insyaAllah jika ada rezki akan sampai juga.
Akhir sekali acara di tutup dengan ucapan dari ketua wanita ISMA NS, penyampaian hadiah dan salam perpisahan. Demikianlah… terasa indahnya Islam dan ukhuwah ketika program begini, akhawat keseluruhannya kelihatan gembira dan ceria belaka… pastinya tersirat seribu satu hikmat di sebalik wasilah tarbiyyah ini yang merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan dai dan dakwah yang di dukung.
Teruskan kembara di bumi dakwah ini membawa cahaya untuk semua..
Selamat berjuang.!!

- Di sediakan oleh : HRD
WANITA ISMA N.SEMBILAN.









SUKAN RIA REMAJA - 2008


Seremban – 23 Februari 2008 telah berlangsung aktiviti sukan ria anjuran Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan. Acara telah berlangsung di padang sekolah, SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Bermula pendaftaran seawal jam 7.45 pagi berakhir jam 1.00 tengahari. Seramai 103 orang peserta telah mengambil bahagian yang mewakili SMK Tunku Ampuan Najihah (20 orang), SMK Agama Pedas (17), SMA Dato’ Klana Petra Makmor (20 orang), SMA Sains Kuala Pilah (12 orang), peserta KRIM sekitar Seremban (7 orang) dan selebihnya adalah peserta KRIM lepasan SPM 2007.

Antara permainan yang dijalankan ialah bolajaring, bolatampar dan sukaneka. Suasana permainan berjalan dengan meriah dalam cuaca redup yang menyelesakan. Perserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri dari NUSAIBAH, SUMAIYYAH, RUMAYSO’ dan HUMAIRA’. Pelajar dari sekolah yang berbeza telah digabungkan dalam kumpulan tersebut bertujuan menjalin ukhwah dari kalangan mereka. Ia juga adalah merupakan objektif yang ingin dicapai dari aktiviti ini. Kemenangan dalam acara bolajaring adalah dari kumpulan RUMAYSO’, bola tampar dari kumpulan HUMAIRA’ dan sukaneka di menangi oleh kumpulan NUSAIBAH. Acara keseluruhan dimenangi oleh NUSAIBAH.
Ketika sesi penyampaian hadiah telah turut diadakan acara penyampaian Anugerah Cemerlang PMR 2007 iaitu bagi peserta KRIM yang telah mendapat 9A, 8A dan 7A dalam PMR mereka. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Naziah Haron.
Sebelum bersurai semua yang hadir telah menikmati makan tengahari yang disediakan oleh penganjur.

Anak-anak generasi pewaris, pemimpin masa hadapan


buai laju-laju ...
sampai pokok sena
apa dalam kalbu
senyum sama-sama...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!