Monday, March 10, 2008

DAURAH REMAJA LEPASAN SPM

KRIM (puteri) N. Sembilan mengadakan program Daurah/Seminar Bulanan untuk pelajar lepasan SPM bermula bulan Januari hingga Mei 2008 bertujuan untuk mengisi masa ahli Krim perempuan sementara menanti keputusan SPM. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan remaja Islam hari ini memiliki kefahaman yang jelas tentang matlamat hidup mereka seterusnya dapat membentuk jatidiri sebagai remaja muslim. Program akan dijalankan pada setiap bulan minggu ke empat hari Sabtu dan Ahad ( tertakluk kepada perubahan).

Alhamdulillah program daurah telah dapat dijalankan dengan baik bagi bulan Januari dan Februari yang lalu dengan kehadiran ahli KRIM Lepasan SPM sekitar 20 pelajar.
Bagi bulan Januari program telah diadakan pada 26 – 27/1/ 2008 bertempat di Dewan D Ark, Taman Sri Kasih. Pengisian sepanjang program adalah memberikan fokus kepada ”Ini Sejarah Kita” yang disampaikan oleh Ustaz Hazizi b. Ab. Rahman. Para peserta di dedahkan tentang sejarah umat bermula sejak penciptaan Nabi Adam sehingga kepada keadaan umat hari ini. Para peserta melahirkan rasa bersyukur kerana sepanjang mengikuti program mereka dapat menambah pengetahuan tentang sejarah serta pengorbanan para nabi yang bersumberkan al-Quran dan menyedari keadaan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada meninggalkan tarbiah,jihad dan jauh daripada kefahaman Islam yang sebenar.

Manakala bagi bulan Februari pula, program telah diadakan pada 22 – 23/2/2008 bertempat di Pejabat ISMA, Senawang. Para peserta telah didedahkan tentang Hakikat Ibadat Dalam Islam yang disampaikan oleh Ustz W. Zaimah Wan Ibrahim. Pada masa yang sama para pelajar lepasan SPM juga menyertai program Sukanria yang telah diadakan pada 23/2/2008 di Sek. Men. Keb. Tengku Ampuan Najihah, Seremban.

Program daurah bagi bulan Mac akan diadakan pada 21 – 22 / 3 / 2008 bertempat di Pejabat ISMA ( tertakluk kepada perubahan). Tema untuk program Daurah kali ini adalah ” Di Bawah Lindungan al-Quran”. Pendaftaran program akan bermula pada jam 5.00 petang hari Jumaat dan insyaAllah akan berakhir pada jam 2.00 petang pada 22/3/08. Yuran sebanyak RM15.00 dikenakan kepada setiap peserta. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pn Kaslawati bt kassim (h/p 019-6230101)

No comments:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Perjalanan ini masih jauh.. langkah perlu diatur dengan teliti. Kuatkan semangatmu, cekalkan hati agar mampu mengadap Allah Rabbul izzati dengan jiwa yang tenang bersama kemenangan atau syahid!!